Hello Hello


Hey. Hey.Arifah Mohammad ,the name of the owner. and, Ipah for short. sixteen-years-old, seventeen-to-be :) love to make friend with anybody. Lastly, a girl,who love her friends damn damn much ♥


Tagboard


Shoutbox

DO comment and follow yerr. Sayang korang :*.

Big Claps


skins by : Simple | Grey
photo : weheartit

Nangis :') .
Nov 5, 2011 | 0 comments
Oke oke aku tau, dah lama aku tak updatekan blog yang 'vogue' neh. Dah berbulan bulan. Tak ada masa la tambah pulak dengan malas nak buka  blog. Heee :)

Hari nih dah 4 November , tinggal dua minggu jer lagi nak habis sesi sekolah bagi tahun nih kalau dikira secara kasar la. Yang betul betul , tolak cuti dan bla.. bla... tinggal less than a week jer. Haishhhh. Dulu kata nak cepat cepat habis sekolah neh. Tapi bila dah nak habis sekolah nih, pelbagai perasaan terbit dalam hati nih. Entah apa yang menyelubungi hati aku , rasa berat jer nak keluar tingkatan empat ni. :(

Sayang nya aku kat senior tahun nih. Maybe sebab kitorang hanya beza setahun kot. Dan bagi aku, tahun nih la tahun yang paling best bagi ketegori senior . Cuba fahamkan apa yang aku maksudkan ok ? Sbb aku pun confused apa aku tulis tuh. Hahaha. Mungkin ramai yang cakap senior tahun nih macam nih macam nih dan macam nih. Tapi bagi aku, senior senior tahun nih la yang paling aku rapat sekali. Espeacially, senior senior prefect. Terima kasih kakak kakak semua sebab sanggup kongsi tempat tidur tiap tiap malam. Haha. Macam tak der dorm sendiri la pula aku nih., Tiap tiap malam pergi bertenggek kat dorm orang lain. hehehe.

Oke oke cukup cerita pasal senior. Sebab aku sayang nak lepas kan senior senior nih keluar dari sekolah. nati aku nangis la weh. Cukup! Jom borak benda lain. Sekolah ? Semakin baik dah sekarang dengan adanya ayahanda yang baru, En Shafie bin Awang . Semua sayang kat ayahanda baru nih. Baik sangat sangat. Setiap ucapan pasti diakhiri dengan 'Bersama sama kita melestarikan Faris no . 1' Haishh. Slogan Faris Petra yang baru neh. Dan program pengantarabangsaan tahun nih pun semakin banyak. Tahun nih saja 3 buah negara pergi. Kemboja, Indonesia dan Brunei. Dan aku salah seorang peserta nya. Aku pergi Kemboja. Ya Allah, rindu yang amat amat sangat kat Kemboja. Tempat yang mungkin bagi kita dapat lihat 10 tahun ke belakang jika di tempat kita. Kalau kita, mampu membeli bunga bunga seperti Lily, Rose, Lavender and so on untuk buah hati tercinta kita . Tapi mereka, cuma bunga yang warna merah kecik kecik tuh jer ambik kat tepi-tepi jalan lepas tuh letak kat dalam botol plastik. Kononnya pasu la. Sedih sangat tengok kehidupan orang sana. Bersyukurlah kita berada di Malaysia walaupun Malaysia nih politik pun tak stabil. Tapi, konklusinya. Malaysia lebih jauh baik dari mereka disana. Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia.

Kemboja juga tempat yang best untuk pergi jalan jalan, pergi tengok tempat tempat berukiran penuh satu bangunan. Angkor Wat dan sekutu sekutunya. Rasa rindu pula suasana Kemboja. Nak pergi lagi Siam Reap :) Bila eh nak pergi lagi ?

Tahun nih jugak , aku dapat sorang sister in law dan sorang brother in law. Kakak kahwin bulan September hari tu. Okeh, alhmdulillah aku dapat balik. tapi, maafkan Ipah malam Nikah tuh yer semua. Bukan saya malas nak join sekali. Tapi, badan saya teramat sangat sakit dan mengantuk sangat sangat. Nih semua gara gara campng. Malam before majlis kakak tuh, Ipah tak tidur pun. Kononnya nak siapkan kerja before aku balik rumah. Tapi tak siap jugak la weh. hahah :) dan dengan bangganya PPIM tahun nih hancur . hee, jangan marah yer presiden !  sambung, sambung. Tuh pun mujur la nak join jugak kejap. Kalau ikut perasaan nak saje tidur terus sampai rumah. Sebab sampai sampai rumah tinggal sejam jer lagi sebelum majlis nak mula. Tak ke gila aku nih. dengan lactic acid aku nih banyak sangat dalam badan nih. (aiyoo, keluar biology sikit !) Mau saja aku rebahkan diri nih atas katil. huhu. Lepas ambik gamba family, terus masuk tidur dan bangun pagi esok! Kakak, cantiklah masa kahwin! Cepat cepat dapat anak ye. Tapi, masa majlis kat sebelah laki, Umi tak nak bagi aku pergi. Alasannya, tak de kanak kanak pergi. Eh, aku nih masih ketegori kanak-kanak lagi ke ? Di sebabkan aku nih berfikiran matang sikit berbanding form 1 dan form 2 dulu. Jadi, dengan berat hati cakap. 'Takpe lah, Umi kalau macam tuh. Lagipun Ipah exam lagi next 2 weeks.  Tak de masa nak study nanti' Honestly, aku cakap. Kata kata tuh semuanya dusta semata mata. Dalam hati tuhan saja yang tahu. Sedih, meraung, nangis, menjerit semua nya aku simpan dalam hati. Buat buat steady sebab tak nak tunjuk dah perangai perangai buruk aku yang dulu neh. So, aku bersabar jer lah. Even mula mula tengok gambar majlis sana, nangis depan komputer.  Buat malu jer kan ? Hee :)

Apa lagi eh nak tulis ? Tak ada dah kot. Apapun, tahun depan saya SPM dah. Ohh Yeahhh, dah nak habis sekolah. dan dah besar pun. Tapi pernagi macam setan lagi nih. haishhh. hahhahaha :)

Btw ;             SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA , semua !


lot of  ♥ , ipahh .

Older Post | Newer Post